Tuntut ilmu untuk memberi manfaat

- Advertisement -

KUALA NERUS: Menuntut ilmu bukan sekadar untuk mendapat pekerjaan semata-mata bahkan paling utama mampu berikan manfaat kepada orang lain.

Sebagai penuntut ilmu tanamkan keazaman bersungguh-sungguh dalam belajar dan pastikan ilmu yang dipelajari mampu dimanfaatkan kepada masyarakat.

- Advertisement -

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyampaikan amanat bermakna di hadapan pelajar-pelajar SMK Agama Dato’ Haji Abbas, Kuala Nerus, hari ini.

Kunjungan itu membuka peluang kepada guru-guru mengutarakan pandangan situasi perjalanan sekolah serta cabaran yang dilalui pasca Covid-19.

“Tahniah kepada semua guru dan pentadbiran sekolah yang terus komited menyampaikan ilmu kepada anak-anak Kuala Nerus moga akan lahir tokoh berwibawa dari sekolah ini.

“Kepada semua pelajar teruskan menuntut ilmu dalam pelbagai bidang selagi berpeluang kerana itulah masa depan kita,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -