Tanggungjawab bersama pupuk semangat perpaduan

- Advertisement -

TUMPAT: Rakyat pelbagai peringkat digalakkan memupuk semangat perpaduan tanpa mengira kedudukan kerana ia merupakan tanggungjawab bersama.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) Dato’ Che Abdullah Mat Nawi berkata, tanpa gemblengan tenaga bersama, usaha berkenaan tidak akan mencapai matlamat untuk mencapai Pembangunan Perpaduan Negara.

- Advertisement -

“Tanggungjawab itu bukan menjadi hak kerajaan secara mutlak sebaliknya perlu disokong semua pihak termasuk swasta, komuniti dan badan bukan kerajaan,” katanya ketika merasmikan sesi maklum balas rakyat berhubung draf Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) 2021-2025 Daerah Tumpat di Dewan Sri Renjuna di sini, hari ini.

Turut hadir Adun Kelaboran dan Wakaf Bharu Mohd Adanan Hassan, Adun Wakaf Bharu Mohd Rusli Abdullah, Pengarah Perpaduan Kelantan, Norwahidah Zinalibdin, Ketua Jajahan Tumpat Mohd Azri Abdul Rahman, Ketua Umno Tumpat Dato’ Zulkifli Abdullah dan Setiausaha Bersatu Tumpat Shamsul Awang.

Che Abdullah juga berkata, program berkenaan diadakan membabitkan pemimpin di peringkat akar umbi bagi membantu kerajaan menjayakan pelan pembangunan secara lebih menyeluruh. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -