Muslimat berkonvoi motosikal sambut merdeka

- Advertisement -

INDERA MAHKOTA: Muslimat PAS Cawangan Balok Makmur buat julung-julung kalinya telah mengadakan acara Konvoi Motosikal sempena Hari Kemerdekaan Ke-63 di sekitar perumahan ini, di sini hari ini.

- Advertisement -

Ketua Muslimat PAS Balok Makmur, Haniza Ali berkata, konvoi ini diadakan bagi memperingati sejarah dan pengorbanan mereka yang menegakkan kemerdekaan selain mengeratkan hubungan kerjasama Perikatan Nasional (PN).

“Disamping memupuk hubungan baik dalam kalangan masyarakat setempat,” katanya menjelaskan tujuan sosial kemasyarakatan, dakwah dan siyasah dari penganjuran konvoi tersebut.

Seramai 38 peserta dalam kalangan muslimah setempat telah menyertai konvoi ini di mana mereka telah biasa menunggang motosikal  untuk urusan harian seperti mengambil anak dari sekolah dan membeli keperluan dapur.

Konvoi ini di rasmikan oleh Ketua Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota, Salwani Salleh bersama isteri ADUN Beserah, Nor Azni Wahab yang juga turut sama melakukan pelepasan peserta konvoi tersebut.

“Sesuai dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS, wanita kini bersama mengorak langkah ke depan tanpa meninggalkan syariat dan etika yang digariskan dalam Islam,” ujar Salwani.

Beliau juga menyatakan bahawa kemerdekaan di negara ino dapat dikekalkan dengan menjadi masyarakat yang baik dan menjauhi ideologi penjajah di mana sentiasa cuba memecah-belahkan masyarakat.

Beliau turut berharap agar Muslimat dapat menjadi masyarakat madani yang bebas dari perkara mungkar dan sentiasa patuh dan  taat kepada perintah Allah sebagai bekalan di akhirat yang kekal abadi. – HARAKAHDAILY 30/8/2020

- Advertisement -