Proses akhir tubuh Dewan Ulamak Kawasan

Dato' Dr Johari Mat menyaksikan penyerahkan bendera PAS oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato' Hassan Mohamood kepada jentera PAS kawasan sebagai gimik pelancaran jentera pilihan raya Dewan Ulamak PAS Kelantan
- Advertisement -

MACHANG : PAS kini dalam usaha terakhir bagi menubuhkan Dewan Ulamak PAS Kawasan (DUPK) di seluruh negara selaras perlembagaan parti yang diluluskan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Dr Johari Mat berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

- Advertisement -

“Dia (Dewan Ulamak PAS Kawasan) belum lagi mendapat kelulusan dari JPPM, dia kena selesai peringkat itu dahulu, semua kepimpinan PAS peringkat kawasan sudah bersedia untuk itu.

“Nama Dewan Ulamak PAS Kawasan tidak boleh digunakan lagi sementara kita tidak mendapat kelulusan dari JPPM,” katanya selepas perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Kelantan di sini, pagi tadi.

Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Indera Mahkota, Kuantan sebelum ini menyaksikan Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011 dipinda bagi membolehkan beberapa perubahan struktural dan teknikal dilakukan.

Antaranya ialah mewujudkan Dewan Ulamak PAS Kawasan, menggantikan Jawatankuasa Urusan Ulamak PAS Kawasan yang wujud melalui Perlembagaan PAS (Pindaan) 2010.

Perlembagaan parti juga menetapkan Dewan Ulamak PAS ditubuhkan bagi pusat dan negeri, malah ia merupakan satu langkah memperkasakan organisasi dan meningkatkan peranannya. – HARAKAHDAILY 29/8/2020

- Advertisement -