Muslimah menang isu tudung di mahkamah Jerman

- Advertisement -

BERLIN, Jerman: Langkah Berlin melarang guru yang memakai tudung menjalankan tugas mereka dianggap satu tindakan tidak mengikut perlembagaan, kata sebuah mahkamah tinggi di Jerman pada Khamis, lapor Agensi Anadolu

- Advertisement -

Mahkamah Buruh Persekutuan memutuskan seorang guru Islam yang tidak dibenarkan mengajar di sekolah di Berlin kerana memakai tudung merupakan satu ‘diskriminasi agama’.

“Dalam masyarakat yang menganuti pelbagai agama, kita tidak sepatutnya melihat apa yang mereka pakai di kepala sebaliknya melihat apa yang ada dalam diri mereka,” ujar Senator Dirk Behrendt yang menentang larangan itu menulis di Twitter beliau.

Di bawah undang-undang berkecuali Berlin 2005, melarang penjawat awam memakai pakaian dan simbol agama, guru di bandar itu dilarang bertudung. 

Mereka yang tidak dibenarkan mengajar di Berlin jika terus memakai tudung telah membawa kes itu ke mahkamah buruh Berlin-Brandenburg. 

Pada 2018, mahkamah memerintahkan Berlin membayar pampasan sebanyak 5,159 Euro (USD6,098), mengatakan pemakaian tudung hanya boleh dilarang jika terdapat ancaman terhadap keamanan di sekolah.

Keputusan mahkamah pada Khamis itu dibuat selepas mahkamah menolak rayuan yang dikemukakan Berlin. – BERNAMA

- Advertisement -