PAS-Umno DUN Sabai sebar mesej merdeka

- Advertisement -

BENTONG: PAS dan Umno DUN Sabai telah berpadu meninggikan semangat patriotik dengan memasang beberapa kain rentang sambutan bulan kemerdekaan di lokasi-lokasi penting dalam DUN Sabai, di sini malam kelmarin.

- Advertisement -

Antara tempat yang telah dipasang kain rentang ini adalah di Perkarangan Bandar Karak, Taman Karak Indah, Kampung Sertik, hadapan pasaraya 88, Kampung Jambu Rias dan di persimpangan jalan Kolej Komuniti Karak.

Program ini secara tidak langsung mengikat kebersamaan kedua parti dalam agenda penyatuan ummah menerusi semangat cintakan tanah air yang dipupuk, selain meneguhkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Antara terlibat semasa aktiviti pemasangan kain rentang ini adalah Ketua PAS Cawangan Karak Setia, Khozari Idris dan Bendahari PAS Cawangan Karak, Razak Karim serta Tok Empat Bandar Karak, Hamdan Yusof dan ahli-ahli PAS Sabai.

Pengarah DUN Sabai, Ustaz Ahmad Junaidi Ishak mengatakan, ada mesej di sebalik pemasangan kain rentang tersebut antaranya kepada bukan-Melayu dan bukan-Islam bahawa Islam rahmat untuk semua.

Manakala kepada Pakatan Harapan ia satu peringatan dan kegerunan manakala kepada semua bahawa negeri dan negara ini ada tuan dan ketuanannya. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -