PAS Dun Sabai tambah Cawangan baharu

- Advertisement -

BENTONG: Jelajah Jawatankuasa Harian PAS Kawasan Bentong telah hadir ke PAS Cawangan Karak Setia bersempena penubuhan cawangan baru PAS di Dun Sabai bertempat di PASTI Iqra’ Karak, di sini malam tadi.

- Advertisement -

Yang DiPertua PAS Bentong, Mohd Khairuddin Abdullah hadir  merasmikan Jawatankuasa Penaja bagi penubuhan cawangan baru tersebut di mana menegaskan sekiranya di tempat tersebut adanya  usrah, program, dakwah, siasah dan tarbiyah, maka pasti akan bertambah ahlinya.

Beliau mengingatkan agar ahli-ahli baru mahu pun ahli lama dapat memberi komitmen kepada setiap program yang akan diadakan oleh PAS Cawangan mahupun PAS Kawasan.

Turut terlibat dalam majlis itu adalah Pengarah DUN Sabai, Ustaz Junaidi Ishak dan Setiausaha PAS Bentong, Ismail Bakar serta Ketua PAS Cawangan Karak Setia, Khozari idris.

Ismail pada pertemuan tersebut telah memberi penerangan kepada yang hadir mengenai proses penubuhan cawangan baharu, manakala Ustaz Junaidi berharap agar tertubuh satu lagi cawangan baharu bertempat di Lengkong pada masa akan datang.

Majlis tersebut juga dihadiri Ketua PAS Cawangan Bandar Karak, Md Nahowi Semoon dan Bendahari PAS Cawangan Bandar Karak, Razak Karim serta Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Karak Setia. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -