Rangka strategi kawal COVID-19 pasca-PKPP

- Advertisement -

SAYA menggesa Kerajaan menyediakan pelan strategik yang berkesan selepas fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berakhir 31 Ogos ini. Pelan strategik yang komprehensif dan realistik ini perlu dirangka memandangkan langkah mengekang penularan penyakit COVID-19 ini sudah pasti akan menjadi sebahagian daripada kebiasaan baharu bagi semua pihak kelak.

Oleh kerana gelombang penularan penyakit COVID-19 masih membarah di peringkat global, maka aspek penguatkuasaan ini sudah tentu menjadi teras penting bagi mengekang penularan wabak tersebut dalam negara. Kerajaan perlu meneliti suatu bentuk penguatkuasaan yang bersasar bagi memastikan pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam negara ketika ini. 

Tambahan lagi, perkara ini juga melibatkan polisi semasa kerajaan terhadap pintu-pintu masuk negara yang masih perlu ditutup melihatkan kes-kes COVID-19 yang masih tinggi ketika ini. Oleh itu, saya mengharapkan perhatian yang sepenuhnya oleh kerajaan terhadap penyediaan pelan strategik yang menyeluruh pasca pelaksanaan PKPP kelak.  

- Advertisement -

Sekian, terima kasih.

“Islam Memimpin Perpaduan”

YB USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ahli Parlimen Bachok – HARAKAHDAILY 25/8/2020

- Advertisement -