Projek ‘Kamek Prihatin’ bantu rumah asnaf

- Advertisement -

PETRA JAYA: PAS DUN Samariang menerusi projek ‘Kamek Prihatin’ telah menggerakkan usaha membantu penduduk setempat terutama dalam kalangan warga miskin di Kampung Siol Kandis, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Projek di bawah Jabatan Pilihan Raya Muslimat PAS Negeri Sarawak ini merupakan satu inisiatif dalam meningkatkan taraf hidup penduduk yang amat mesti dipenuhi keperluan asas kehidupan berkeluarga.

Kehadiran jentera PAS kali ini memilih rumah Norliana Abdurazak yang mempunyai 11 anggota keluarga mendiami bersama, tetapi rumah mereka uzur dan sebenarnya tidak mampu menampung ramai.

Hadir sama menjayakan projek ini adalah Yang DiPertua PAS Petra Jaya, Morshidi Hassan dan Pemuda PAS Samariang menjayakan kerja-kerja menukar dinding dan atap zink rumah keluarga ini.

Morshidi ketika mengulas program ini memuji semangat kejiranan masyarakat setempat yang turut sama membantu bergotong-royong menjayakan usaha tersebut. – HARAKAHDAILY 22/8/2020

- Advertisement -