Mampu bantu rakyat tanpa jual aset negara

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perubahan kepemimpinan negara pada awal Mac lepas berjaya mengelakkan lebih banyak lagi aset milik negara dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato’ Che Abullah Mat Nawi berkata, sepanjang PH mentadbir negara selama 22 bulan, mereka lebih berminat mengadai aset negara.

“Saya yakin kalau mereka masih lagi mentadbir negara sekarang dalam suasana negara menghadapi pandemik Covid-19, sudah tentunya berdepan dengan keadan sukar.

“Selepas Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pemerintahan tiba-tiba negara diserang Covid-19, namun bantuan kepada rakyat dapat disampaikan tanpa menjual aset negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ceramah isu semasa secara atas talian malam tadi yang dianjurkan oleh Urusetia Penerangan Negeri Kelantan (UPKN) yang turut boleh diikuti secara langsung melalui Kelantan TV.

Che Abullah yang juga Ahli Parlimen Tumpat berkata, berbeza dengan kerajaan PN yang terus menjaga aset-aset negara walaupun berhadapan dengan wabak Covid-19.- HARAKAHDAILY 14/8/2020

- Advertisement -