AKSB-Kelantan FM jalin hubungan strategik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) melangkah setapak lagi apabila mengadakan kolaborasi dengan stesen penyiaran Kelantan FM bagi memperluaskan saluran maklumat kepada orang ramai.

Pengurus Besar AKSB, Dato’ Ir Dr Azuhan Mohamed berkata, jalinan rapat dengan Kelantan FM sebagai rakan strategik bagi menyalurkan informasi terutamanya berkaitan bekalan air.

- Advertisement -

“Usaha itu begitu penting bagi membolehkan orang ramai mengetahui hal sebenar berkaitan operasi AKSB kerana ia melibatkan kepentingan rakyat,” katanya sempena kunjungan itu di RTM Wakaf Che Yeh, hari ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Komunikasi Korporat AKSB Mat Noor Awang dan Penyelaras Perhubungan Khas Tuan Mohd Nor Tuan Yahya

Pemangku Pengarah Penyiaran Kelantan Muhammad Khairunizam Abdul Salam pula berkata, AKSB merupakan agensi kerajaan Kelantan yang pertama mengunjungi RTM sejak Perikatan Nasional mentadbir kerajaan persekutuan. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -