Sidang DUN harmonis tanpa pembangkang

- Advertisement -

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan kali ini mengulangi keharmonian kerana tiada pembangkang seperti awal 1990-an.

Ketika itu PAS dan Angkatan Perpaduan Ummah menang 39 kerusi Dun tanpa pembangkang (BN).

- Advertisement -

Speaker DUN Kelantan, Dato’ Abdullah Ya’akub berkata, apa yang berlaku pada persidangan DUN yang berakhir semalam mengulangi apa pernah berlaku pada 1990 dan 1991.

“Saya juga berpuas hati dengan perbahasan dan soal jawab antara Adun dan anggota Exco kerajaan yang begitu lunak.

“Saya mengucap syukur bagi pihak Dun. Saya sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dato’ Abdul Fattah Mahmood mengucapkan terima kasih kepada semua Yang Berhormat kerana memberi kerjasama yang baik,” katanya di sini.

Sebelum 14 September 2019 Dun Kelantan mempunyai 8 Adun pembangkang iaitu tujuh daripadanya BN dan seorang Bersatu.

Bagaimanapun selepas PAS, BN dan Bersatu bekerjasama atas nama Perikatan Nasional tiada lagi pembangkang di Dun Kelantan. – HARAKAHDAILY 13/8/2020

- Advertisement -