MYTV tawar SLA, tingkat kualiti siaran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: MYTV menawarkan Service Level Availability (SLA) tahunan pada kadar 99 peratus kepada Content Application Service Provider (CASP) yang berada di platform MYTV.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah, tawaran itu adalah bagi pemantauan terhadap kualiti perkhidmatan siaran TV digital.

- Advertisement -

Saifuddin (Bersatu-Indera Mahkota) berkata demikian ketika sesi jawab lisan bagi pertanyaan Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh), bagi menyatakan langkah yang diambil bagi memastikan kepuasan hati rakyat terhadap kualiti perkhidmatan siaran TV digital yang disediakan melalui MyFreeview.

Dalam pada itu katanya, sebelum ini liputan siaran TV analog hanya merangkumi 60 peratus sehingga 98 peratus kawasan berpenduduk, dan penonton hanya menerima tujuh saluran TV ketika itu.

Malah katanya, ada yang cuma menerima dua atau tiga siaran sahaja melalui saluran TV.

Namun kini, terdapat sebanyak 16 saluran TV dan enam saluran radio secara percuma disediakan melalui siaran TV digital MyFreeview kepada penonton. – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -