Dana RM500 juta bantu pekebun kecil sawit

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 321 Pekebun Kecil Sawit telah diluluskan Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pembiayaan Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) sejak ia diperkenalkan sehingga awal Ogos ini.

Menurut Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr Mohamad Khairuddin Aman Razali, sebanyak RM500 juta diperuntukkan untuk TSPKS dan IPPKS dengan RM10.573 juta telah diluluskan melibatkan 321 pekebun kecil sawit.

- Advertisement -

“Sejak diperkenalkan kaedah ini sehingga 6 Ogos 2020, sebanyak RM10.573 juta telah diluluskan melibatkan permohonan seramai 321 orang dengan keluasan 942.1 hektar.

“Adapun untuk geran yang akan diberikan ataupun yang akan dibuka semula ini masih dalam rundingan lagi dan kita akan mencadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) untuk diberikan geran kepada pekebun kecil yang memiliki tanah 2.5 hektar kebawah. Itu adalah antara yang kita akan bincang di peringkat RMK-12,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi (MPIC) di Dewan Rakyat, hari ini.

Mengulas berhubung Industi Sawit, kata Mohammad Khairuddin (PAS-Kuala Nerus), beliau akan menggunakan sepenuhnya peluang untuk berada didalam International Conference & Exhibition Professional (iCEP) unuk memeperluaskan lagi pasaran sawit di negara-negara tertentu.- HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -