Kes Taikun Hartanah: Campur tangan memalukan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyalahgunaan kuasa dan tindakan campur tangan mengeluarkan kenyataan berbentuk surat sepertimana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan bekas Peguam Negara, Thommy Thomas adalah satu tindakan dan arahan tidak bertanggungjawab yang amat memalukan negara.

Demikian kata Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berhubung pendedahan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkait arahan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah.

- Advertisement -

Menurut beliau, pengalaman sepanjang berada di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang sentiasa menyebut tentang integriti dan ketelusan hanyalah suatu yang mengecewakan.

Ini kerana, perkara yang dapat dilihat selepas berlaku pertukaran kerajaan situasinya amat bertentangan sepertimana yang disebutkan sebelum ini, tindakan yang dilakukan adalah tidak sama sepertimana yang disebutkan oleh kerajaan PH ketika itu, katanya.

Mengulas lanjut, beliau juga kesal dengan tindakan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang turut terlibat berhubung kes rasuah dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Bagaimanapun katanya, beliau melihat projek yang dijalankan itu ada kepentingan individu tertentu bagi mengaut keuntungan.

Justeru itu katanya, isu sebegini perlu diketengahkan kepada pihak penguatkuasa khususnya Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya satu ketetapan dan tinakan sewajar diambil terhadap individu yang terlibat dengan penyelewengan.

Beliau yang ditemui Harakahdaily di Bangunan Parlimen hari ini, turut menegaskan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak akan campur tangan dengan tujuan menzalimi mana-mana pihak.

Sebaliknya memberi kebebasan kepada pihak bertanggungjawab membuat penilaian dengan sebaik mungkin – HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -