Anggaran RM1.2 bilion diguna jika PRU mengejut

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.2 bilion anggaran perbelanjaan yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekiranya pilihan raya umum mengejut diadakan pada masa pasca-Covid-19 sekarang.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dato’ Takiyuddin Hassan berkata, jumlah itu adalah mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19.

- Advertisement -

“SPR memaklumkan sekiranya kerajaan mengadakan pilihan raya snap (mengejut) untuk seluruh negara pada masa ini, pasca-Covid-19, dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di dalam Dewan Rakyat, hari ini.

Berhubung Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) yang melibat 73 Dewan Undangan Negeri (Dun) beliau yakin garis panduan pasca Covid-19 yang telah ditetapkan akan dilaksanakan sebaiknya dengan pengalaman yang ada kepada pihak SPR dalam mengendalikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Chini dan tidak lama lagi Dun Slim.

Sementara itu, Takiyuddin (PAS-Kota Bharu) berkata bahawa kerajaan berhasrat untuk mewujudkan dasar baharu berhubung penggunaan perkhidmatan Jabatan Peguam Negara bagi mewakili SPR dalam kes petisyen pilihan raya.

“Jabatan Penguam Negara dalam pentadbiran kerajaan terdahulu (Pakatan Harapan) telah memutuskan SPR tidak boleh mengunakan perkhidmatan Jabatan Peguam Negara kes petisyen pilihan raya dan perlu lantik penguam swasta.

“Kerajaan sekarang ini (Perikatan Nasional) berpandangan Jabatan Peguam Negara mempunyai kepakaran dalam menguruskan kes petisyen pilihan raya,” katanya.- HARAKAHDAILY 12/8/2020

- Advertisement -