Basmi ‘industri dosa’ selari ‘Malaysia Prihatin’

SAYA mengikuti isu yang tular baru-baru ini oleh Saudara Asri Hot Burger berkenaan premis judi haram yang tidak mengikut garis panduan undang-undang serta wujud penjualan rokok seludup di Kawasan Sungai Buloh. 

Pertamanya, saya ucap tahniah kepada Saudara Asri yang berani ke hadapan untuk buat aduan. Ini membuktikan masih ramai anggota masyarakat yang bertanggungjawab dalam membasmi ‘sin industries’. Ini selari dengan tema kemerdekaan Malaysia tahun ini iaitu ‘Malaysia Prihatin’.

Saya juga menyampaikan penghargaan saya pada Ketua Polis Negara yang pantas dalam respon isu ini. Tetapi sedikit kecewa dengan beberapa respon Polis Sungai Buloh yang saya kira acuh tidak acuh; respon meja berhabuk sebagai tanda sudah lama tidak beroperasi. 

Advertisement

Masyarakat perlu sedar betapa ‘sin industries’ seperti judi, arak dan maksiat ini adalah punca utama yang merosakkan institusi keluarga dan masyarakat di Malaysia. Terutama di saat ramai yang menghadapi krisis ekonomi pasca COVID-19. Seharusnya situasi ini tidak timbul. 

Saya sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS sedia memberi 100 peratus komitmen untuk kita sama-sama memerangi ‘sin industries’ ini. 

Harapan saya agar masyarakat dan polis terus harmoni dan berganding bahu dalam membanteras isu serius seperti ini. 

Saya bimbang wujudnya ketidakcekapan PDRM dalam mengurus isu ini akan menjejaskan reputasi PDRM di mata rakyat Malaysia.

IR. HJ. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN 
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 11/8/2020