PAS Rantau Panjang lulus usul kriteria calon MN

- Advertisement -

RANTAU PANJANG: Calon Muafakat Nasional (MN) yang bakal diketengahkan bagi menghadapi Piliihan Raya Umum (PRU) akan datang hendaklah memenuhi beberapa syarat.

- Advertisement -

Antaranya memiliki asas pendidikan agama dan mempunyai hubungan mesra dengan rakyat serta anak tempatan yang mempunyai keluarga besar.

Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, kriteria tersebut sebahagian usul yang dilulus tanpa bahas pada mesyuarat agung PAS Rantau Panjang hari ini.

Katanya kriteria lain calon MN hendaklah memiliki atitud, fizikal, penampilan dan ilmu pengetahuan yang selayaknya.

“PAS Rantau Panjang juga melulus usul supaya pimpinan menerima status quo yang diumum di awal pengisytiharan Muafakat Nasional mengenai agihan kerusi,” katanya selepas mesyuarat agung tersebut di Markas PAS Rantau Panjang, semalam.

Kira-kira 300 perwakilan hadir pada mesyuarat tersebut dengan mengambil kira penjarakan sosial. Ia dirasmikan Abdul Fatah. 

Menurutnya PAS Rantau Panjang berpendirian supaya diterima pakai ketetapan tersebut, di mana tiga Dun dan parlimen Rantau Panjang kekal diwakili calon PAS.

Bagaimanapun katanya sekiranya berlaku perubahan terhadap ketetapan tersebut dicadangkan empat kriteria pemilihan calon MN hendaklah diambil kira.- HARAKAHDAILY 9/8/2020

- Advertisement -