Perak-Kelantan perkasa hubungan dua hala

- Advertisement -

KOTA BHARU: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu buat julung kalinya telah membuat kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Ketibaan Dato’ Seri Faizal disambut penuh mesra dan ukhuwah oleh Ustaz Ahmad bagi memperkukuh hubungan antara dua kerajaan negeri terutama selepas Kerajaan Perikatan Nasional mengambil tadbir urus Persekutuan Februari lalu.

Pelbagai agenda pembangunan negeri dan isu-isu semasa turut dibincangkan dalam pertemuan penuh mesra tersebut.

Turut hadir mewakili Kerajaan Negeri Perak adalah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil, Razman Zakaria dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, Ustaz Mohd Akmal Kamarudin.

Juga turut serta adalah Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak, Ustaz Khalil Yahya.

Manakala mewakili Kerajaan Negeri Kelantan adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud.

Menteri Besar Perak membuat lawatan kerja selama dua hari bermula Khamis ke negeri Kelantan Darul Naim itu yang dipimpin oleh pentadbiran PAS sejak tahun 1990. – HARAKAHDAILY 8/8/2020

- Advertisement -