ADHK PAS Bangi jalankan bersama MIC

- Advertisement -

BANGI: PAS Kawasan Bangi telah mengadakan program ziarah ‘Anda Di Hati Kami’ (ADHK) yang dilangsungkan bersama dengan MIC Bahagian Bangi menyantuni penduduk kaum India di West Country, di sini kelmarin.

- Advertisement -

Program yang dilaksanakan dengan pergerakan dari rumah ke rumah ini mengagihkan kit sumbangan diketuai Ahli Jawatankuasa PAS Bangi, Muhammad Afiq Mhd Khazar dan Timbalan Ketua MIC Bangi, M Yogeswaran.

Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Bangi, Manikam Ponna Raman bersama wakil PAS Cawangan Seksyen 5 telah bertindak menjadi penghubung dengan penduduk setempat yang melancarkan program.

Program ini juga secara tidak langsung mengeratkan kerjasama antara PAS dan MIC Bangi sebagai rakan komponen dalam Perikatan Nasional serta menyemarakkan perpaduan masyarakat majmuk berbilang kaum.

West Country asalnya adalah estet sebelum diwujudkan Bandar Baru Bangi di mana terdapat ramai komuniti India di situ dan program juga telah diikuti Timbalan Ketua Pemuda MIC Bangi, M Kannan. – HARAKAHDAILY 28/7/2020

- Advertisement -