Covid-19: 16 kes pulih, 3 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kes sudah sembuh dari jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,334 atau 96.5 daripada keseluruhan kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak tiga (3) kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,637 keseluruhan kes.

- Advertisement -

“Daripada tiga kes tersebut, dua kes merupakan penularan tempatan yang melibatkan warganegara Malaysia dan tiada kes melibatkan warga asing.

“Satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dilaporkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 182 kes.

Hingga kini, ada empat kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 121 atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -