Harakah meterai perjanjian langgan berita Bernama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Harakah menandatangani perjanjian langganan berita dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selama dua tahun sebagai langkah untuk menyalurkan lebih banyak berita semasa kepada pembacanya.

Perjanjian langganan itu adalah untuk perkhidmatan Bernama NewsLink5 yang menawarkan berita masa nyata elektronik mengenai peristiwa di Malaysia dan sejagat.

- Advertisement -

Perjanjian ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Harakah Kamaruzaman Mohamad dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datuk Mokhtar Hussain.

Kamaruzaman berkata dengan langganan itu, pihaknya cuba untuk membawa pendekatan baharu kepada pembaca supaya mereka bukan sahaja hanya mendapatkan maklumat parti politik, tetapi juga berkaitan isu-isu semasa.

“Kami cuba membawa pembaharuan itu sejak saya memimpin Harakah pada bulan Ogos tahun lepas dengan membawakan lebih banyak berita-berita umum yang bukan daripada sumber parti PAS menerusi saluran portal, cetakan, radio Hijau FM, TVPAS dan Harakah TV.- HARAKAHDAILY 29/6/2020

- Advertisement -