Produk: Eksklusif yang perlu diinklusifkan

- Advertisement -

KITA perlu open minded dalam dunia tanpa sempadan. Istilah yang digunakan oleh rakan saya Pengarah Pertanian Negeri, kalau kita nak claim sesuatu produk adalah hak eksklusif negeri kita sahaja, mampukah hasil dari keluaran negeri kita itu untuk memenuhi keperluan dan permintaan rakyat dalam negara seterusnya untuk tujuan eksport? Bila keluaran tak mampu memenuhi permintaan maka harga akan naik melambung tinggi. Tak sewajarnya bila tak mampu, tetap kita nak pertahankan apa yang didakwa sebagai hak eksklusif.

Saya bawa beberapa contoh. Getah asal Brazil sekarang ditanam di Malaysia. Pokok tamar asal Timur Tengah sekarang dah banyak ditanam serata dunia. Buah strawberi sinonim dengan Cameron Highland tapi sekarang dah ada strawberi tanah rendah. Di Terengganu pun dah ada ditanam.

- Advertisement -

Lembu Charolais dan Limousine asal Perancis. Sekarang dah jadi jenama Lembu Sado Terengganu. Sepanjang saya mempromosikan jenama Lembu Sado secara intensif di Terengganu, tak ada pun saya terima notis saman dari Kerajaan Perancis kerana melanggar paten hak cipta.

Ratu lebah madu kelulut Trigona Itama juga dibawa dari negara luar. Saya dimaklumkan tempat asalnya dari Amerika Selatan tapi sekarang dah dimahkotakan sebagai Ratu Kelulut di Malaysia.

Nasi dagang, keropok lekor dan apa saja produk tradisi Terengganu tak ada pun larangan untuk sesiapa sahaja nak buat. Silakan…

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri TerengganuHARAKAHDAILY 2/6/2020

- Advertisement -