‘Iftar mereka, pahala buat kita’ – MCM

- Advertisement -

KUALA KEDAH: Muslim Care Malaysia Society dan PAS Kawasan Kuala Kedah  telah mengedarkan sebanyak 650 pek nasi gulai daging kepada komuniti nelayan di sekitar Kuala Kedah pada Selasa 19 Mei.

- Advertisement -

Menurut Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail, sumbangan diterima para nelayan dengan ucapan syukur dan amat menghargainya.

“Muslim Care Malaysia Society mengucapkan jutaan terima kasih dan semoga semua yang menyumbang diganjari dengan sebaik-baik ganjaran InsyaAllah,” kata beliau kepada HarakahDaily sebentar tadi.

Ayuh seluruh umat Islam kita rebut peluang diakhir Ramadan ini dengan terus menyumbang dana kebajikan bagi menggembirakan saudara-saudara kita yang dalam kesusahan disamping menambah saham akhirat kita.

Antara keluarga nelayan yang menerima sumbangan Muslim Care Malaysia dan PAS Kuala Kedah

Sebarang sumbangan boleh dimasukkan ke akaun 5644 9041 3882-  Maybank atas nama Muslim Care Malaysia Society, atau Info lanjut hubungi  :016-9978323 – Johari – HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -