Lawatan singkat Zailah santuni keluarga amilat

- Advertisement -

MUAR: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff meluangkan kesempatan masa menziarahi keluarga amilat PAS Kawasan Muar sempena kehadirannya ke Johor, hari ini.

- Advertisement -

Beliau singgah melawat keluarga Allahyarhamah Salina Jaafar iaitu guru PASTI yang telah berkhidmat lebih 20 tahun dan mantan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat PAS Muar di Sungai Pulai, di sini.

Siti Zailah juga bertemu keluarga Timbalan Pengarah Pilihan Rata Muslimat PAS Muar, Allahyarhamah Nurul Fazlin Azmi yang meninggal dunia 16 April lalu dalam kunjungan di kediaman mereka di Taman Zamrud.

Selain sumbangan wang tunai, beliau juga menitipkan kata-kata semangat untuk anggota keluarga ditinggalkan Almarhumah terus tabah terutama kepada anak-anak.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ini juga turut menyumbangkan kurma kepada Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Muar dan Briged Muslimat serta Team Task Force COVID-19 Muar menerusi Ketua Team Tailor Muar, Suraya Samari.

Turut hadir ialah Ketua Muslimat PAS Johor, Fatimah Ismail dan Ketua Muslimat PAS Muar, Norhayati Sulaiman serta beberapa Ahli Jawatankuasa Muslimat. – HARAKAHDAILY 19/5/2020

- Advertisement -