Lagu ‘Jange Kelik Laa Weii’ disebut PM

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lagu ‘Jange Kelik Laa Weii’ dalam dialek Kelantan sempena menyambut Aidilfitri tahun ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin.

- Advertisement -

Komposer Eddie Hamid meluah terkejut apabila perdana menteri meminta orang ramai mendengar lagu ‘Jange Kelik Laa Weii’ sempena sambut Hari Raya tidak lama lagi.

Katanya beliau turut mengikuti Perutusan Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung pada jam 2 petang semalam.

“Waktu itu ya Allah memang terkejut saya, tak sangka betul apabila perdana menteri sebut supaya mendengar lagu tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Eddie beliau mengikuti ucapan berkenaan antara lain untuk memastikan adakah lagu tersebut masih sesuai untuk disalurkan di stesen-stesen radio di seluruh negara.

“Kalau PKP ditamatkan maknanya lagu tu sudah tidak sesuai lagi, sebab liriknya berkaitan dengan PKP,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/5/2020

- Advertisement -