Tahniah Kelantan! Terbaik LKAN 2018

kelantan
- Advertisement -

LAPORAN Ketua Audit Negara: Kelantan menunjukkan prestasi kewangan keseluruhan terbaik 2018.

(1) Baki keseluruhan Kumpulan Wang Disatukan.

2017: RM62.72 juta.
2018: RM72.19 juta.

Peningkatan sebanyak RM9.47 juta (15.1 peratus).

- Advertisement -

(2) Surplus (Lebihan) Akaun Pendapatan Disatukan.

2017: RM38.82 juta.
2018: RM40.46 juta.

Sebagai perbandingan pada tahun 2019: Surplus RM48.30 juta (belum diaudit).

(3) Kewangan Kelantan tahun 2018 – Punca Surplus:-

Peningkatan dalam Kutipan Hasil: RM586.94 juta.

Berbanding Perbelanjaan Operasi: RM546.49 juta.

(4) Kenaikan kecil hutang Kerajaan (Hanya 1 peratus).

2017: RM1.421 bilion.
2018: RM1.435 bilion.

Hanya meningkat RM13.87 juta.

Bayaran balik hutang kepada Persekutuan 2018: RM5.74 juta.

(5) Penyata Kewangan Kelantan (bagi tahun berakhir 31 Disember 2018) – mendapat Pandangan Tanpa Teguran di mana ia memberi gambaran yang tepat dan wajar berkenaan keadaan kewangan Negeri dan semua rekod perakaunan telah disimpan dan dikemaskini dengan sempurna.

Secara keseluruhannya pengauditan ini menunjukkan suatu penambahbaikan dalam pelaksanaan aktiviti oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri.

Laporan Ketua Audit Negara ini dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam (13 April 2020) selepas diperkenankan oleh KDYMM Sultan Kelantan.

NAZMAN CHE IBERAHIM – HARAKAHDAILY 14/4/2020

- Advertisement -