Malaysia turun lagi, dunia naik cecah 2 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia semakin menuruni tangga carta kes jangkitan COVID-19 apabila berada di kedudukan ke-36 berbanding 209 negara dan wilayah lain seluruh dunia.

- Advertisement -

Kemaskini semasa menunjukkan jumlah keseluruhan bagi negara adalah 4,817 kes, dengan 2,276 berjaya pulih sepenuhnya dan discaj, manakala kematian terdapat 77 kes.

Malah, Malaysia juga telah melepaskan kedudukan teratas berbanding negara ASEAN yang kini diganti Filipina di tangga ke-35, juga Indonesia (38), Singapura (48) dan Thailand (50).

Terkini di seluruh dunia sudah mencatat 1,879,000 kes dengan peningkatan 26,743 kes baharu dan kematian berjumlah 116,831 kes, selain 436,081 pesakit pulih setakat 12:00 tengah malam tadi.

Susunan negara-negara juga masih kekal sama iaitu Amerika Syarikat diikuti Sepanyol, Itali, Perancis dan Jerman, selain United Kingdom yang semakin melonjak kini di kedudukan ke-6 dunia.

Pertambahan kes baharu harian turut menyaksikan United Kingdom, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Russia serta Iran sentiasa tinggi dan menjadi kebimbangan yang mencemaskan.

Coronavirus yang menerima kes pertama pesakit pada 8 Disember tahun lalu di Wuhan, China telah memasuki hari ke-129 pada hari ini dengan graf semakin menaik tinggi. – HARAKAHDAILY 14/4/2020

- Advertisement -