Tarawih, puasa zaman Assabiqun

- Advertisement -

JUSTERU Ramadhan tahun ini jatuh antara musim wabak Koronavirus maka penguasa agama Islam memutuskan tiada tarawih beramai-ramai di masjid dan surau dan berpuasalah mengikut cara Assabiqun wal-Awalun dahulu.

- Advertisement -

Apabila Rasulullah mensyariatkan tarawih pada malam Ramadhan sekurang-kurangnya lapan rakaat, umat Islam tidak berjamaah tarawih seperti yang kita saksikan sekarang.

Mereka solat mengikut cara sendiri, bersendiri dan jika berjamaah pun mengikut cara yang mereka masing-masing kira selesa.

Nabi pun memperaturkan mereka berjamaah. Sembahyanglah awal selepas isyak dan baginda tidak ajak orang-orang yang ada di sekitar masjid atau di mana baginda berada, solat bersamanya.

Mereka boleh memilih lapan rakaat sekali gus, atau solat dua rakaat berhenti. Kemudian sambung lagi, hingga akhirnya lapan rakaat.

Saidina Abu Bakar Siddiq yang jadi Khalifah selepas Rasulullah wafat tidak perintahkan orang ramai berjamaah selepas isyak selesai. Selepas isyak selesai, terserah kepada masing-masing untuk tarawih di masjid sendirian atau balik tunaikan di rumah tetapi mestilah sempurna menjelang solat fajar.

Begitulah cara umat Islam zaman Assabiqun menunaikan solat tarawih.

Hanya setelah sampai Saidina Umar Al-Qhatab menjadi Khalifah, didapatinya orang solat mengikut kesesuaian masing-masing di penjuru-penjuru yang mereka pilih, maka timbul cadangan daripadanya, orang-orang yang menunaikan fardu isyak meunaikan jamaah tarawih dulu dan kemudiaan terserah kepada masing-masing apa khendaki baik menghidupkan malam-malam bulan ramadhan itu.

Bahkan Saidina Umar menetapkan tarawih itu 20 rakyaat dan diikuti selepasnya tiga rakaat witir.

Dalam pelaksanaan selepas Saidina Umar membuat kaedah itu, kerana berjamaah demikian tidak dibuat di zaman Rasulullah, maka ada yang mengadakan kumpulan sendiri menunaikan lapan rakaat. Mulai ramai dan banyak kumpulan di wilayah Persekutuan menandaan lapan rakaat saja.

Oleh kerana mazhab rasmi kita Ahli Sunnah wal Jamaah, dan Masjidil Haram dan Masjid Nabi di Madinah solat 2 rakaat, maka pihak berkuasa Jawi memperaturkan mana-mana masjid di bawah Jawi buat macam Mekah dan Madinah.

Agaknya kalau Jawi berpendirian liberal, mungkin banyak masjid memilih lapan rakaat.

Sekarang dunia seluruhnya dilanda wabak Covid-19, maka selama negara dibawah Perintah Kawalan Pergerakan, jika semua masjid memilih menangguhkan solat Jumaat, maka bagi mengelakkan terus menular wabak Covid, dinasihatkan semuanya tiada tarawih di masjid dan surau, tetap tarawihlah secara stay at home.

Mungkin perintah tarawih at home itu dilihat pelik oleh orang sekarang, kerana terlalu takutkan kuman koronavirus, maka kita ikut solat jumaat dan takut tarawih di majid, tetapi perintah itu luar biasa bagi zaman Assabiqun dahulu. Ia hanya mulai diperaturkan pada zaman Saidina Umar.

Dan kalau berikut wabak itu di pasar ramadhan petangnya, ia juga tiada zaman awal Islam dahulu.

Peraturan untuk tarawih di rumah sesuai dengan zaman Assabiqun dahulu. Dan bukan semua umat Islam tarawih di masjid. Bila tarawih dibawa ke rumah sesuai dengan arahan stay at home, ia mengajak supaya semua orang solat tarawih. Kalau tarawih di rumah pun tidak solat jua, apa jenis Islam semuanya?

- Advertisement -