PKP: PAS Kangar bantu 825 penduduk terjejas

Ustaz Asrul Aimran (Kiri) menyampaikan sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan.
- Advertisement -

KANGAR: PAS kawasan Kangar mengumpul dana bagi menyediakan keperluan asas untuk diagih kepada penduduk yang memerlukan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

Usaha itu digerakkan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) dengan menganjurkan program bantuan kasih.

Pengerusinya, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, sumbangan kewangan daripada pelbagai pihak membolehkan lajnah terbabit menjayakan pelaksanaan program berkenaan.

- Advertisement -

Katanya setiap sumbangan yang diterima daripada penyumbang digunakan untuk membeli makanan asas kemudian diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

“PAS Kawasan Kangar merakamkan jutaan terima kasih kepada penyumbang yang bersama-sama menjayakan program kebajikan,” katanya di sini.

Menurutnya sehingga sekarang seramai 825 penduduk di Parlimen Kangar menerima bantuan makanan asas.

Manakala orang ramai yang ingin menyertai program kebajikan itu boleh menyalur sumbangan melalui akaun Bank Islam atas nama Tetuan PAS Kawasan Kangar – 09010010016455 atau hubungi Ustaz Asrul di talian 019 417 0244.- HARAKAHDAILY 12/4/2020

- Advertisement -