Jangan pulang dahulu – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dinasihatkan supaya tidak pulang ke Malaysia bagi membendung penularan Covid-19, demikian kata Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.

- Advertisement -

Kata beliau, bagi mereka yang mempunyai tempat tinggal diminta supaya tidak pulang dan duduk di negara masing-masing dengan mengambil langkah keselamatan diri.

“Mungkin ada yang berhasrat untuk pulang, maka kerajaan telah bersetuju untuk membawa pulang setiap rakyat kita yang berada di luar negara. Namun mereka akan dikuarantinkan selama 14 hari di pusat kuarantin yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Apabila sampai di lapangan terbang mereka akan terus dibawa menaiki bas ke tempat kuarantin yang disediakan untuk disaring oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengenalpasti status kesihatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Ismail turut menasihati supaya kepulangan mereka ini tidak disambut oleh kaum keluarga kerana mereka yang pulang daripada luar negara akan terus ke pusat kuarantin, namun dibenarkan berhubung dengan teknologi yang ada.

Beliau berkata demikian berikutan terdapat negara yang menularnya Covid-19 disebabkan rakyat mereka yang kembali pulang ke negara masing-masing. – HARAKAHDAILY 31/3/2020

- Advertisement -