Jumlah korban Covid-19 meningkat ke 14 orang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat wabak berjangkit Covid-19 mencatatkan penambahan kepada tiga orang menjadikan jumlah keseluruhan kematian ada 14 orang setakat ini.

- Advertisement -

Berdasarkan rekod yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kematian ke-12 merupakan jemaah Tabligh berumur 70 tahun yang dirawat di Hospital Kluang.

Manakala kes ke-13 merupakan anak kepada pesakit Covid-19 yang lain, berumur 49 tahun yang dirawat di Hospital Umum Sarawak.

Sementara itu, kematian ke-14 merupakan kontak rapat dengan kes positif kluster Tabligh, berumur 59 tahun yang dirawat di Hospital Miri.

Jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini adalah 1,518 dengan Selangor merupakan negeri tertinggi yang mencatatkan pesakit Covid-19 sebanyak 354 kes. – HARAKAHDAILY 23/3/2020

- Advertisement -