Covid-19 : Kelantan akan adakan solat hajat

- Advertisement -

KOTA  BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengadakan solat  hajat peringkat negeri tidak lama lagi sebagai usaha mendepani penularan wabak Covid-19.

- Advertisement -

Menteri Besar,  Datuk Ahmad Yakob berkata beliau telah mengadakan perbincangan berhubung perkara itu dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Nazran Muhammad, pagi tadi.

Pada masa yang sama, beliau berharap semua pihak mengambil peranan yang sama dalam mengawal penularan wabak berkenaan yang begitu cepat merebak.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Riadah Berbasikal Penjawat Awam dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2020 di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu diadakan di perkarangan Kompleks Kota Darulnaim.

“Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab itu dan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Kelantan untuk menangani masalah itu,” katanya.
Semalam, Kementerian Kesihatan mengesahkan penambahan 28 kes positif Covid-19 menjadikan jumlah positif virus itu di Malaysia sebanyak 83 kes. – HARAKAHDAILY 7/3/2020

- Advertisement -