PH juga tumbang di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerjaaan Pakatan Harapan (PH) Johor menjejaki Putrajaya apabila tumbang selepas BERSATU mengumumkan keluar daripada pakatan tersebut Ahad lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Johor Jaba Mohd Noah berkata gabungan baru akan menggantikan pentadbiran lama.

- Advertisement -

Kata beliau keputusan itu diambil selepas Sultan Johor berpuas hati gabungan itu memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

“Seramai 28 Adun memilih gabungan baru manakala 26 lagi memilih Pakatan Harapan. Mengambil kira demikian gabungan parti baharu berhak untuk mencadangkan nama calon menteri besar,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Kedudukan terkini di Dun Johor sekarang Umno 17 kerusi, MIC (2), Bersatu (8) dan PAS (1), manakala PH kekal dengan PKR (5), DAP (14) dan PAN (9). – HARAKAHDAILY 27/2/2020

- Advertisement -