Syahir Sulaiman dilantik PSU Agung PAS

KUALA LUMPUR : Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah melantik Mohd Syahir Sulaiman sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.

Advertisement

Menurut Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan pelantikan tersebut dipersetujui sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 11 Januari 2020 di Kemaman, Terengganu.

Pelantikan ini berkuatkuasa serta merta, iaitu pada 11 Januari 2020 dan pada masa sama, Mohd Syahir masih lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Presiden PAS. – HARAKAHDAILY 13/1/2020