Keluarga di rumah usang perlu keprihatinan

- Advertisement -

BAGAN SERAI: Sepasang suami isteri yang dihimpit kesempitan hidup terpaksa tinggal di sebuah rumah sewa daif kerana tidak mampu mendapatkan tempat tinggal lebih baik untuk mereka.

- Advertisement -

Himpitan hidup itu diluahkan Nor Azlina Zainun kepada ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria ketika hadir menyantuni keluarga tersebut di Parit Dua Kubu Gajah, di sini baru-baru ini.

Hasil turun padang itu, Razman menzahirkan rasa hiba melihat keadaan rumah yang serba daif di mana menurutnya keluarga ini telah menjalani kehidupan lebih dari 13 tahun di rumah usang tersebut.

“Di sinilah mereka tinggal menjalani rutin kehidupan bersiang bermalam dengan keadaan rumah yang begitu usang. Sebahagian dinding telah roboh, namun mereka pasrah dengan keadaan yang dihadapi kerana kekangan kewangan yang dihadapi,” terangnya.

Ulas Razman, pihaknya melalui Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol akan melancarkan tabung sumbangan khusus buat keluarga ini menambak tapak rumah baharu di tanah pusaka Norazlina berlokasi di Kampung Tengah Semanggol.

Nor Azlina sendiri bar-baru ini telah hadir ke Pusat Khidmat Gunung Semanggol bagi memberikan sedikit kenyataan dalam memudahkan proses pihak ADUN supaya membantunya dalam usaha mencari sumbangan.

“Anggaran kos yang diperlukan adalah sebanyak 50 lori tanah dengan harga setiap lori RM120 menjadikan jumlah RM6,000 diperlukan untuk tujuan tersebut,” jelas Razman.

Orang ramai yang sudi membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5582 4820 7682 di atas nama Tabung Kebajikan Rakyat atau hubungi 0102293554 (Rosman) , 01159814227 (Abu Bakar) atau 0175778047 (Hilmi).

Para dermawan juga dialukan berurusan terus ke Pejabat Pusat Khidmat ADUN Gunung Semanggol beralamat di nombor 102, Tingkat Atas, Bangunan PKNP, Jalan Besar 34300 Bagan Serai bagi membantu kebajikan keluarga ini. – HARAKAHDAILY 13/1/2020

- Advertisement -