ADUN Kubu Gajah ceriakan pelajar ke sekolah

- Advertisement -

LARUT: Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah sekali lagi menganjurkan program ‘Back to School’ Siri 3 melibatkan bantuan kepada 40 pelajar terpilih untuk menerima set pakaian persekolahan bagi tahun 2020.

- Advertisement -

Program bermula pada jam 10.00 pagi melibatkan seramai 20 pelajar fasa satu yang dibawa sendiri dengan kenderaan Pusat Khidmat DUN ke kedai terpilih Azmil Unifom di Pekan Batu Kurau, kelmarin dahulu.

Ketua Sekatariat DUN, Sidik Shafie berkata, program kali ketiga ini dijayakan dari sumbangan para dermawan yang sudi membantu keperluan pelajar terbabit melalui Pusat Khidmat DUN Kubu Gajah.

ADUN Kubu Gajah, Usaz Khalil Yahaya melahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakannya termasuk program gunting rambut percuma ‘Anda Gunting YB Bayar’.

Menerusi inisitif tersebut yang mendapat sambutan masyarakat, ianya juga membantu mereka meringankan beban perbelanjaan memasuki tahun baharu persekolahan sesi 2020. – HARAKAHDAILY 5/1/2020

- Advertisement -