CPU lerai sengketa 20 tahun PAS-Umno Wira Damai

    - Advertisement -

    GOMBAK: Ceramah Perpaduan Ummah (CPU) anjuran PAS dan Umno Cawangan Wira Damai menjadi ‘pelerai pertelingkahan’ selama 20 tahun sejak ditubuhkan kedua-dua Cawangan tersebut.

    - Advertisement -

    Ceramah julung kali tersebut bertujuan membina kesatuan antara kedua parti di samping memberi penerangan berkenaan hasrat Perpaduan Ummah pada majlis di Sungai Tua, di sini semalam.

    Ceramah utama telah disampaikan oleh Yang DiPertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Mohd Nasir dan Ketua Umno Bahagian Gombak, Dato’ Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin.

    Terdahulu turut menyampaikan ceramah adalah Timbalan Yang DiPertua PAS Gombak, Ustaz Hasbullah Ridzwan dan Pengarah NCC Umno Gombak, Prof Dato’ Dr Mohd Fitri Othman.

    “Umno dalam Perhimpunan Agung yang lepas telah meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan bagi meletakkan Islam sebagai asas di hadapan yang kita seharusnya sedar bahawa dengan Islam perjuangan pasti diredhai Allah,” ujar Ustaz Salehuddin.

    Majlis dipengerusikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Gombak, Ustaz Mohamad Ibrahim itu turut dihadiri pimpinan kedua parti di semua peringkat dan diraikan dengan simbolik memotong kek tanda ikatan. – HARAKAHDAILY 5/1/2020

    - Advertisement -