PAS Lumut ziarah mangsa kebakaran

    - Advertisement -

    LUMUT: PAS Kawasan Lumut meneruskan bakti di awal tahun baru dengan melawat dan menziarahi mangsa kebakaran di Taman Mas, Kampung Koh, Seri Manjung, Sitiawan, di sini kelmarin dahulu.

    - Advertisement -

    Mangsa kebakaran, Arshad Mat Riffin atau lebih popular dengan panggilan Pak Long Chat merupakan Setiausaha Komuniti I Love Manjung (KILM).

    Rumah mangsa beralamat di No. 564, Taman Mas Kampung Koh itu telah hangus dijilat api dalam kejadian yang berlaku sangat pantas pada malam ketika orang ramai menyambut tahun baru.

    Kebakaran yang berlaku pada malam tersebut telah memusnahkan 90 peratus rumah Pak Long Chat dengan kos kerugian dianggarkan sebanyak RM300,000.

    Rombongan ziarah bantuan kebakaran telah diketuai oleh Yang DiPertua PAS Lumut, Rosli Abdul Rahman yang menyampaikan sedikit sumbangan sebagai tanda prihatin di atas musibah menimpa Arshad.

    Di samping itu juga, PAS Kawasan Lumut turut menyampaikan sumbangan kepada jiran mangsa berbangsa Cina yang turut mengalami kerosakan akibat daripada kebakaran tersebut.

    Rosli turut menyeru kepada para dermawan untuk membantu mangsa kebakaran tersebut memandangkan kos baik pulih adalah tinggi.

    Kepada yang berhajat untuk menyumbang boleh terus ke akaun mangsa, Maybank 158190385963 atas nama Arshad Md Riffin. – HARAKAHDAILY 5/1/2020

    - Advertisement -