Media juga berperanan sebagai medium kebajikan

    - Advertisement -

    DUNGUN: Media bukan sahaja berkeupayaan untuk menghebahkan sesuatu tragedi, kemalangan serta isu-isu semasa di dalam dan luar negara, malah berperanan menjadi medium untuk melakukan kerja-kerja kebajikan.

    - Advertisement -

    Setiausaha Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ghazali Sulaiman berkata, melalui medium tersebut rakyat akan melihat, peranan serta usaha PAS pada setiap tindakan telah dilakukan terutama berkait kebajikan.

    “Insya-Allah ianya tidak akan menghilangkan keikhlasan, dan apa yang kita ingin tonjolkan apa yang rakyat mahupun pengundi ingin melihat kebaikan yang telah PAS lakukan.

    “Secara tidak langsung ianya memberi imej tambah yang lebih positif dan menambah keyakinan rakyat kepada PAS, apabila diuar-uarkan untuk mendapat dana atau memerlukan penyumbang.

    “Dengan hebahkan melalui media memohon sumbangan maka tiada keraguan pada masyarakat luar sana,” jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Bukit Besi.

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pengamal media, di Hospital Sultanah Zahirah, di sini ketika menziarahi para pesakit baru-baru ini.

    “Di zaman masyarakat menggunakan media sebagai alat untuk mengetahui apa jua aktiviti kebaikan. Sudah tentu kesempatan ini perlu kita gunakan sebaiknya, agar PAS dilihat sebagai satu parti yang benar-benar mencaknai kebajikan masyarakat,” jelasnya.

    Dalam tumpuan yang lain, salah seorang yang diziarahi oleh beliau ke HSNZ ialah Pegawai Media Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Shazwana Zohir yang terlibat kemalangan minggu lalu.

    “Alhamdulillah kesihatan semakin baik, terlihat ceria ketika dilawati dan mampu mengukir senyuman manis,” ucap beliau. – HARAKAHDAILY 29/12/2019

    - Advertisement -