Muslimat PAS mahu lahirkan ramai pengurus jenazah

- Advertisement -

DUNGUN: Muslimat PAS DUN Bukit Besi optimis bagi melahirkan lebih ramai mereka yang mampu menguruskan jenazah apabila berlakunya suatu kematian terutamanya dalam kalangan wanita.

- Advertisement -

“Kita sedia maklum setiap hari akan berlaku sahaja kematian termasuklah pengurus jenazah yang sedia ada pun tidak dapat lari daripada berlakunya kematian.

“Kerana itu pentingnya untuk diadakan pelapis yang baru bagi menggantikan yang sedia ada dengan kita adakan pelbagai program yang melibatkan pengurusan jenazah dan ianya merupakan satu keperluan,” ujar Ketua Muslimat PAS DUN Bukit Besi, Zakiah Alias.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kursus jenazah wanita yang diadakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), di sini baru-baru ini.

Program yang dianjurkan Muslimat PAS itu jelasnya, telah disempurnakan serta dirasmikan oleh Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Besi, Ghazali Sulaiman.

“Program berkenaan telah mendapat sambutan yang baik, termasuk dari wanita muda terdiri daripada Ameerah. Seramai 51 orang yang menyertai, dari peserta-peserta inilah kita harapkan agar melahirkan pelapis bagi menguruskan jenazah wanita.

“Segala ilmu dan pengetahuan yang mereka perolehi sepanjang kursus ini dengan penuh tekun perlu digunakan apabila berlaku situasi sebenar.

“Di samping perlu untuk mereka menimba pengalaman dahulu dengan orang lama atau berpengetahuan tentang pengurusan jenazah supaya dapat melihat dan mempelajari dengan cara melihat sendiri bagaimana kaedah yang betul dan sewajarnya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 29/12/2019

- Advertisement -