Beyblade erat hubungan anak muda Hulu Langat

- Advertisement -

HULU LANGAT: Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat telah menjayakan penganjuran Beyblade Burst Tournament yang dilangsungkan di Padang Seksyen 2, Bandar Bukit Mahkota, di sini semalam.

- Advertisement -

Program anjuran Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Pemuda PAS Hulu Langat ini diadakan dengan kerjasama Pemuda PAS Cawangan Bandar Bukit Mahkota yang berada dalam DUN Semenyih.

Pertandingan disertai oleh pelbagai peringkat umur dari 7 hingga 18 tahun ini bertujuan menghimpun anak-anak sempena cuti persekolahan dengan satu misi mencari juara terhebat pemain beyblade.

Ianya juga satu alternatif Pemuda PAS untuk meriadahkan golongan muda dengan aktiviti berfaedah dan gaya hidup sihat, sekali gus menjauhi gejala negatif menerusi hubungan yang dibina.

Perasmian disempurnakan oleh Yang DiPertua PAS Hulu Langat, Mohamad Jan Sulong yang berharap penganjuran julung kali tersebut memberi manfaat dan mencapai tujuan program tersebut diadakan.

Program juga diselitkan dengan slot takzirah untuk peringatan buat anak muda yang bakal memimpin negara ini dan juga kaunter daftar keahlian PAS, selain sumbangan ‘Kembali Ke Sekolah’.

Meraikan peserta adalah Ketua Pemuda PAS Hulu Langat, Zukh Ahmad dan pimpinan Umno Cawangan Bandar Bukit Mahkota. – HARAKAHDAILY 22/12/2019

- Advertisement -