Beri peluang kepada Maszlee

    - Advertisement -

    KANGAR: Ketika portal berita menganggap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik tidak kompeten, sebaliknya peneraju universiti awam beranggapan sebaliknya.

    - Advertisement -

    Naib Canselor (NC) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Prof Ir Ts Dr R Badlishah Ahmad berkata, menteri terbabit wajar diberi peluang untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan transformasi pendidikan negara berjalan lancar.

    Katanya, ia termasuk dalam memastikan agenda berkaitan Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) dapat dilaksanakan.

    “Isu pendidikan merupakan isu serius dan tidak boleh diukur dalam jangka masa yang singkat, justeru saya merasakan perlu Dr Maszlee di beri peluang terus menerajui kementerian.

    “Ia bagi memastikan segala agenda yang ditetapkan dapat direalisasikan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

    Baru-baru ini Malaysia Insight merumuskan satu tinjauan dibuat mendapati Dr Maszlee paling tidak popular.

    Isu tersebut timbul ekoran ura-ura Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka membuat rombakan Kabinet ekoran kekalahan teruk Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai baru-baru ini. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

    - Advertisement -