Apa lebihnya Chin Peng?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelik tetapi benar, itulah yang berlaku dalam negara ini apabila abu mayat Chin Peng dibawa balik, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

- Advertisement -

“Apa lebihnya Chin Peng? Mendiang ini negarawankah? Chin Peng pejuang kemerdekaankah? Perjuangan ideologi komunis muliakah?” soal beliau.

Beliau juga mempersoalkan apakah perjuangan angkatan keselamatan negara yang melawan komunis itu sia-sia sahaja.

Katanya, berapa ribu pula askar yang cacat seumur hidup ketika melawan komunis.

“Berapa ramai askar terkorban ditembak komunis dan meninggalkan isteri menjadi balu dan anak menjadi yatim,” ujar beliau lagi.

Tiba-tiba, katanya abu mendiang dibawa balik ke negara ini dan dipuja.

“Inilah Malaysia baru?” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

- Advertisement -