Dulu benih padi, sekarang baja pula lewat

    Pesawah menunjukkan guni yang tidak berisi baja subsidi.
    - Advertisement -

    ARAU: Selepas isu kelewatan benih padi, hari ini golongan petani dirundung malang lagi apabila mereka belum menerima baja subsidi selepas 40 hari menabur benih.

    - Advertisement -

    Sepatutnya baja perlu ditabur ketika usia padi 16 hari, seterusnya pada hari ke-35 dan terakhir antara ke-45 hingga 50 hari.

    Seorang petani dari Kampung Sungai Bharu, Razali Saad berkata padi yang sudah berusia 40 hari sepatutnya perlu ditabur baja, namun sampai sekarang baja belum sampai.

    “Sekarang umur padi kami sudah mencapai umur 40 hari tetapi baja belum ada, di manakah silapnya.

    “Kebiasaannya pengedaran baja dibuat antara September dan Oktober lepas. Ketiadaan baja menyebabkan pertumbuhan padi terencat,” katanya di sini.

    Shahidan Saad pula bimbang pendapatan mereka akan terjejas sekiranya masalah bekalan baja berlanjutan ketika padi sedang membesar.

    Sedangkan katanya petani sebelum menanam padi terpaksa berhutang sama ada dengan bank, Mada atau kilang padi sebagai modal awal bagi mengerjakan sawah.

    “Jadi macam mana kami hendak selesaikan hutang itu jika hasil padi terencat tanpa ada baja,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/11/2019

    - Advertisement -