Perkenal Ameerah Puchong melalui Boling Hijau

- Advertisement -

PUCHONG: Ameerah Kawasan Puchong telah menganjurkan pertandingan Boling Hijau yang telah dilangsungkan di Fantasy Bowl South City Plaza, Serdang, di sini semalam.

- Advertisement -

Program bersama warga muslimat muda ini turut mendapat sambutan dan kerjasama daripada Puteri Umno Bahagian Puchong yang menyumbangkan saguhati bagi pemenang.

Selain mengeratkan silaturahim dan ukhuwah, program ini juga bertujuan memperkenalkan kepada muslimat muda mengenai Ameerah yang merupakan sayap Dewan Muslimat PAS.

Penutup program disempurnakan Timbalan Pengarah Ameerah Negeri Selangor, Nurul Husna Abd Hamid, manakala sesi penyampaian hadiah oleh Ketua Ameerah Puchong, Fatin Nur Liyana Rahman.

Husna dalam ucapannya berkata, Ameerah merupakan wasilah yang juga dapat membawa keluarga kepada kefahaman Islam serta menyemai banyak perkara positif melalui aktiviti dijalankan. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -