Hari Anugerah SRITI, PASTI Bukit Gantang meriah

- Advertisement -

TAIPING: Majlis Anugerah Kecemerlangan SRITI Al-Helmi dan Konvokesyen PASTI telah diadakan serentak di Dewan Rumpun Seri, Kompleks Telekom Taiping, di sini pagi kelmarin.

- Advertisement -

Program ini bertujuan mempromosi SRITI kepada ibu bapa murid-murid PASTI Kawasan Bukit Gantang, selain meraikan kejayaan dan kecemerlangan pelajar SRITI dan murid PASTI.

Majlis dirasmikan Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman yang dalam ucapannya menekankan mengenai keseimbangan pendidikan dunia dan akhirat.

Jelas beliau, hal tersebut jelas terdapat dalam sillibus SRITI dan PASTI di mana institusi tersebut juga sedang giat berusaha untuk membina bangunan kekal SRITI Al-Helmi Bukit Gantang.

Seramai 200 murid daripada 16 Cawangan PASTI Bukit Gantang telah hadir menerima anugerah sempena majlis konvokesyen bagi 6 tahun, manakala 33 pelajar SRITI Al-Helmi menerima anugerah kecemerlangan berdasarkan pencapaian akademik mereka.

Murid yang menerima Anugerah Kecemerlangan adalah Muhammad Amjad Al-Hafiz Helmi Asyraf dari PASTI Al-Mustaqim dan Adelia Irdina Suhaidi (PASTI Al-Fitrah) serta Syaza Syazwani Abdul Halim (PASTI Al-Badar).

Turut menerima anugerah adalah murid 5 tahun iaitu Anis Saffiyah Ahmad Hanbal dari PASTI Nurul Ehsan dan Asyfa Nasuha Mustafa (PASTI Al-Kautsar) serta Muhammad Taufiq Saiful Kamal (PASTI Al-Mustaqim).

Sementara Anugerah Tokoh Murid Mithali bagi SRITI telah diberikan kepada Hadif Abrar Mohd Zahari dan Siti Nurul Jannah Shahabuddin.

Majlis juga menyaksikan persembahan nasyid oleh kumpulan Nadratun Naemah yang merupakan Johan Kawasan dan kumpulan Shoutul Wildan iaitu Johan Ihtifal Amal Islami SRITI Kebangsaan.

Turut hadir Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang, Abdul Rahim Ismail dan Ketua Pemuda PAS Bukit Gantang, Zu Hazmin Badri serta Ketua Muslimat PAS Bukit Gantang, Noraini Ahmad. – HARAKAHDAILY 25/11/2019

- Advertisement -