PH tiada polisi ekonomi yang jelas

- Advertisement -

PAKATAN Harapan (PH) telah membuktikan bahawa mereka tidak mempunyai hala tuju serta polisi ekonomi yang jelas untuk Malaysia. Hal ini akan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Tambahan pula, ekonomi global yang lembab turut akan memberikan impak yang lebih besar.  

- Advertisement -

Sekiranya kerajaan mahu memperkenalkan semula GST, maka ia perlu dimasukkan dalam Belanjawan 2020. Rakyat tidak mahu banyak ‘flip flop policies’ atau polisi yang tidak konsisten kerana ia akan merugikan banyak perkara lain. Begitu juga dengan penjualan aset.

Dalam Belanjawan 2019, Menteri Kewangan mengatakan akan mengurangkan pegangan kerajaan dalam syarikat tidak strategik dan menggunakan hasil penjualan tersebut untuk mengurangkan hutang. Sebaliknya, apa berlaku? Aset-aset strategik terutamanya ekuiti dijual malah di bawah nilai sebenar dan hasil tersebut tidak diguna untuk mengurangkan hutang. 

Selama 500 hari pemerintahan PH, tiada sebarang perubahan drastik yang dilakukan untuk memulihkan ekonomi. Peningkatan hutang langsung kerajaan, penjualan aset strategik, kejatuhan indeks, kerugian syarikat berkaitan kerajaan dan tabungan awam, kenaikan harga barang dan kehilangan pekerjaan adalah antara masalah yang masih gagal ditangani sehingga kini.

Sekian, terima kasih.    

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM
Ahli Parlimen Malaysia (Pendang)
4 Safar 1441 | 3 Oktober 2019 – HARAKAHDAILY 3/10/2019

- Advertisement -