Adun Jengka selaras isu air dengan Pengurus PAIP

- Advertisement -

KUALA KRAU: Adun Jengka, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz telah menerima kunjungan Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Daerah Maran, Harwin Ismail, semalam.

- Advertisement -

Kedatangan Harwin yang sebelumnya bertugas untuk Daerah Temerloh itu sebagai kunjungan hormat sempena pertukarannya ke PAIP Maran bertemu Ustaz Shahril di pejabat khidmatnya, di sini.

Menerusi pertemuan ini, pihak Adun mendapat banyak maklumat berkenaan perkhidmatan perbekalan air bersih oleh PAIP, selain dapat mengajukan permasalahan berkaitan dihadapi penduduk.

“Seringkali apabila masalah bekalan air berlaku, penduduk akan merungut dan viralkan di media sosial dan meminta agar pihak Adun selesaikan. Oleh itu apabila mengetahui punca awal serta maklumat awal, maka pihak Adun akan dapat maklumkan kepada penduduk,” ujarnya.

Ustaz Shahril pada setiap hari Rabu meluangkan masa berada di Pusat Khidmat beliau untuk menerima sendiri aduan daripada penduduk mengenai perlbagai perkara berkaitan.

Beliau juga berharap pertemuan dengan para pegawai kerajaan dan agensi berkaitan akan dapat meningkatkan usaha mensejahterakan rakyat. – HARAKAHDAILY 3/10/2019

IMG 20191003 WA0016

IMG 20191003 WA0017

IMG 20191003 WA0019

- Advertisement -