Peralihan PM: Fokus agenda membangunkan negara

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap isu peralihan jawatan Perdana Menteri selesai dengan penjelasan terkini Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. 

- Advertisement -

PAS ingin menegaskan bahawa sekarang adalah masa untuk memfokuskan agenda pembangunan negara dengan menghentikan sebarang spekulasi yang boleh meresahkan rakyat dan menggugat kestabilan negara. 

Perbuatan sesetengah pemimpin parti komponen parti pemerintah bercakaran di media sosial amatlah tidak matang. Ia menimbulkan persepsi tidak sihat dalam kalangan rakyat yang sudah muak dengan aksi pemimpin yang lebih suka berpolitik.

Malah, ia turut menimbulkan keraguan terhadap kestabilan politik dan ekonomi oleh pelabur dan pemodal luar negara sekali gus membantutkan agenda pemulihan ekonomi negara. 

Hentikan dan ketepikan dengan serta merta agenda peribadi kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada negara.

PAS sekali lagi dengan tegas menyokong kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri kekal menerajui Malaysia sehingga Parlimen dibubarkan.

“Islam Memimpin Perpaduan”

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
3 Oktober 2019 | 4 Safar 1441 – HARAKAHDAILY 3/10/2019

- Advertisement -